Photobucket

Friday, January 29, 2010

Ups to better 2010


Memang rasa macam dah lambat jek nak cite pasal azam 2010, tapi rasa still in January, masih tak lewat untuk nak meletakkan suatu azam.
Ada satu artikel yang farah terbaca dari dalam akhbar The Sun, dalam farah kelam kabut tercari-cari idea.. ini memang surely buat farah tersenyum. Setiap tahun kita meletakkan suatu azam tapi kita lupa ada perkara yang perlu diamalkan setiap hari..
Boss farah cakap "kalau nak buat rumah kene pakai isi yang baik ~~ istiqamah" hehe.. lucu tapi betul jugak!!

hasil terjemahan dari farah artikel tu lebih kurang macam nih :

>> bangun setiap pagi dengan positif dan bersyukur kerana diberikan kehidupan dan badan yang sihat. Menentukan agar hari ini lebih baik dan menganggap ia adalah 'hadiah'. Seperti maksud 'yesterday is history, tomorrow is a mistery but today is a 'present'.

>> bergaya dengan senyuman di wajah, ketawa dengan optimistik. Kerana hanya manusia sahaja mampu tersenyum, namun ada juga yang terlupa 'macam mana nak senyum'!!

>> tutup mulut dan belajar mendengar kerana tuhan memberi dua telinga dan satu, mesti dia ada sebab!! Belajar untuk berkata perkara-perkara yang baik.

>> bangunlah! dan lakukan perkara-perkara yang baik. Contoh: belajar buat blog haha!!

>> mintaklah petunjuk tuhan setiap kali ada masalah. Hidup dihantui perkara-perkara lepas akan menyebabkan kita hidup dalam kesusahan.

>> capai sesuatu yang lebih tinggi, selalu cuba untuk memperbaiki diri. Percaya pada diri sendiri!! Kejayaan bukan bersandarkan tidak pernah gagal, tetapi bangkit setiap kali gagal!

Wednesday, January 27, 2010

riang ria di Jln Elmu

kiss n hug
appetizer untuk hari pertama

blog ustaz
ustaz yang tak reti marah.. senyum jek..

mari belajar bahasa arab

18.01.10 - pada sesiapa yang pernah belajar bahasa Arab, mesti tahu betapa susahnya mempelari 'allughatul jannah' (bahasa syurga).. hari pertama, actually ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki di Jalan Elmu ini untuk belajar bahasa arab ni, kali ini dah tahap kedua belajar. Aku tak ada masalah untuk berkomunikasi dengan peserta kursus kerana ada beberapa orang dari batch yang sama.. Ustaz Nabil dan Ustaz Sharifuddin.. masih sama, cuma kali ini tanpa Ustaz Tajuddin.. dengar cerita tidak sihat.. 3/4 dari pada yang hadir adalah kawan-kawan baru dari pelbagai jabatan dan jawatan. Aku yakin yang hadir ni bukanlah calang-calang, mereka adalah antara yang 'mumtaz' (cemerlang) di tahap yang pertama. Dianggarkan tahap pertama lebih 1000 perkataan yang telah dipelajari dan perlu dihafal dalam tempoh 2 minggu sahaja.. mmg naik pecah kepala.. namun syabas pada mereka yang berjaya ke tahap ke 2 ini!