Photobucket

Monday, July 26, 2010

NandOs .. 2 jam jek..

Lama dah tak jumpa kawan aku sOrang ni.. masa dia balik dari Taiwan beberapa bulan yang lepas adalah aku pergi menjengah dia kat Putrajaya.. Terlupa pulak si LELA ni nak bagi buah tangan dari Taiwan kat aku..
So.. Kebetulan suami dia ada tournament bOwling kat The Mines.. ni la masa nak melepak ngan LELA.. Beriya-iya dia ajak aku pergi tempat makan best-best.. Risau gak kalau dia bantai SETARBUCK mau nipis purse aku.. Last-last mintak NandOs.. ape da.. tapi layankan jugak la sahabat sepermainan aku sorang nih..


Kitorang ni sekOlah sama-sama.. menyewa umah sama-sama.. tido sama-sama.. gi sekolah naik basikal sama-sama.. jOin persatuan pOn sama ~ St. John Ambulance.. masuk pertandingan FORUM PELAJAR 3 thn berturut-turut wakil negeri pon bersama-sama (Ngeh2 bangga gituuuu..) Penah tayar beskal dia pancit.. dah macam bujang lapok aku bonceng dia naik beskal LeRun (beskal paling glamer di abad 90an) aku.. Pendek kata (Lela yang pendek).. mana aku ada.. ada la dia..

Macam dating plak aku ngan Lela nih.. kitorang berpOsing sambil-sambil tunggu makanan.. aku nih bab-bab bergambO memang excited jek!!


Hah!! yang ni aku orderkan untuk Puan Nordin atau lebih dikenali Cik Lela... memandangkan ari tu dia tak sedap badan.. CHOCOLATE MUD PIES ni memang buat dia terangkat biji mata.. Kek Chocolate panas dengan 1 scoup aiskrim vanilla.. (baru je minggu lepas aku bedal benda yang lebih kurang sama jek kat DELICIOUS M. VALLEY.. gemOk!!)


Dia pOn nak pOsing.. ni gambo yang ke-2 aku shoot.. gambo 1st Lela suruh aku delete pasal tak cantik.. (katenye..)

Ni la hasil dari sesi rebut-merebut dengan Lela.. nampak lebih sedap gitu..


Wednesday, July 21, 2010

Estee Lauder ~ Cyber White

Just nak share produk baru yang aku pakai >> Estee Lauder

Memang aku tercari-cari the best produk, faham-faham je la.. Perempuan at my age, paling takut TUA.. please!!!! Age is very subjective.. kalau umur lebih tak pe yang penting muka tak..

Aku beli yang tester jek.. tapi hari pertama pakai puas ati.. bangun pagi pores tak kembang.. kulit licin..

Nak tau.. dah banyak duit aku berabis pasal nak cari produk yang sesuai for my age... asyik jumpe produk ngarut jek.. aku ni dah la muka berminyak.. pores kembang.. cepat clog.. salah produk.. kulit keras..tumbuh jerawat nasi.. yang paling teruk.. jeragat semakin banyak..

Tapi Farah rekemen pakai produk Estee.. baru pakai 2 minggu nampak beza.. kulit berminyak sekata... (minyak ni penting bagi mengelakkan kedutan penuaan).. lebih lembut..

Tak yah beli yang besar kat supermarket.. beli je yang tester ni.. Farah beli semua tak sampai RM200.. leh pakai 2-3 bln.. wat pe nak bazir.. if berminat emel farah :-

faraseed@gmail.com

Monday, July 19, 2010

Precious your feelings

Penah tak luahkan perasaan kat seseorang??

Farah luah jek bila Farah rasa ianya perlu.. Pada Farah penting perrr!... Orang disekeliling kita perlu tahu apa yang kita rasa.. Mereka perlu tahu kita sayang, rindu, appreciate kat diorang..
Tapi jangan la kite maki hamun orang untuk menunjukkan kita marah kat dia.. Juz bagi tahu dengan lembut yang kita rasa tak puas hati..

Farah rasa amat-amat dihargai bila orang yang selalu berdamping dengan Farah meluahkan perasaan sayang pada Farah.. tak kisahlah dia tu keluarga ke.. kawan-kawan ke.. sape-sape jek la.. psykologi nye.. kata-kata tu akan buat Farah rasa amat-amat disayangi dan dihargai.. yang penting buatkan Farah lagi nak jaga orang tu baik-baik.. nak orang tu remain dalam hidup Farah sampai akhir hayat Farah.. nak jadi yang terbaik sampai bila-bila..

Tapi ada jugak yang tak faham..

Black & White Field Pictures, Images and Photos

Perasaan bukan kita reka.. tapi direka khas untuk kita...

Perasaan datang bukan dibuat-buat.. tapi ia dibuat untuk kita...

'' perasaan tu ibarat anak pokok yang tumbuh, perlu dijaga.. disiram.. dibaja.. diberi cahaya.. atau ia akan kering, layu.."




Sunday, July 18, 2010

When the water run dry..

I read from an article.. "u'll never know until the water run dry".. this what recently happened in my life.. Loosing something or someone that already occupied a space in our heart is really hard to adapt with..

1st - Loosing my Only beloved dad.. past away 2 years agO.. remember those days.. I always find a chance to disObey him.. opposing his decision.. till he passed away.. that day.. i remember.. in my head only one word ' regrets'.. Now i realize how hard to live without him..

2nd - Loosing my Luvely Boss.. haha.. frankly.. not easy to please a boss like him.. even he is a generous, pleasant, sweet, charming, understanding bOss.. My journey was not so easy as what other people think.. we have different understanding.. The more i know him the more i can't understand him.. 6 years working together, we had faced cold war, argument and lot of unhappy situation.. yet i still love working with a reasonable boss like him.. To me he always like my Genie.. always listen to my prays and make my day! Until one day.. he had promoted.. i'm loosing a Genie, friend and brother..

...the water slowly running away..

3rd- Loosing a job that i Love most.. ~Criminal Department. After the water slowly running away.. and slowly drying.. i almost dying.. breathless.. working in Commercial department is not my intention.. i'm lost!!

.. and the water run dry..

4th- Loosing a sOul mate.. i'm cold..

.. and no water left ..

Sunday, July 11, 2010

Dari Twilight Eclipse ke Cherating.. yang penting kita enjOy!!!


Mulanya.. tengok Twilight dengan Fairus, Hanif, Ila dan Epi.. Lepas tu gi lepak minum kat Rasta.. tiba-tiba " Jom gi Cherating!" Story mory nye nanti aku update..







Friday, July 9, 2010

Demam 'Twilight~Eclipse'

Ntah kenapa aku pOn dah berjangkit ngan Twilight Fever nih.. ditambah lagi Football Fever yang mana abang2 Espana aku dah berjaya mara ke peringkat akhir.. hehe..
(Terima kasih bebanyak kat 'Si Paul the Octopus' pasal meramalkan kemenangan Espana)
Sambung pasal Twilight balik.. Aku pon tak tau macam mana.. mulanya 2 tahun lepas, juz nak tengOk je.. pasal dapat DVD free.. tak tahu pon apa alkisahnye ape.. lama juga DVD tu dalam rak CD aku tak bersentuh.. sampai 1 hari aku MC dah tak tau nak buat ape.. habis semua DVD yang ada aku pasang (memenuhi hari-hari yang bosan..).. Last sekali Twilight..
Aku rasa.. kalau orang yang penah tengOk sure dia tau 'that feeling'.. fall in LOvE.. tak tau dengan Edward ke ngan Vampire yang ada dalam diri Edward tuh.. tapi rasa cam nak dEMam lagi teruklah.. rupanye aku je yang tak penah tahu pasal 'Twilight' nih .. sampai ada yang sanggup mentelaah Novel Twilight.. Muda ke.. pertengahan umur pOn suke..
Pelik-pelik betul orang sekarang.. termasuklah aku.. suka filem-filem percintaan yang pelik-pelik nih.. kalau betul la ada Vampire syOk ngan aku.. nak ke?? huhu.. ada bran??
ApepOn yang berlaku.. aku salah seOrang yang dah terjangkit virus 'Twilight' nih.. Saga .. New Moon.. malam nih.. Eclipse.. Demam.. Demam..

Sunday, July 4, 2010

Ladies Coach - Ladies only at all times

First time naik KTM Komuter Ladies Coach.. ye la.. sejak drive kereta, mana ada terkejar-kejar naik tren macam dOlu-dOlu.. Bila ada Ladies Coach ni lebih selesa berbanding kalau kita bercampur coach dengan orang lelaki.. macam-macam bau ada.. haha..
Photobucket
Tapi yang tak best tu.. ada gak lelaki-lelaki yang buta huruf walaupun hidup di Malaysia yang serba mOden ni.. selamber je duduk dalam Ladies Coach, tOya je..
Photobucket
Sampai je stesen KL Sentral, ada 2, 3 orang pegawai KTM yang masuk dalam Ladies Coach, dan dengan segala hOrmatnya mempersilakan lelaki-lelaki yang 'selamber tOya' tadi pindah ke Coach lain..

Tabekkkkk!! pada Brother KTM tuh atas keperihatinan. Kepada kaum lelaki, "Pls stop being so insensitive!"