Photobucket

Wednesday, January 19, 2011

Eksiden Pertama di Tahun 2011

wajah ceria sehari sebelum WLH masuk bengkel

Orang kata kalau dah macam-macam halangan mesti ada perkara tak baik nak berlaku.. adakah ini hanya mitos???

Beberapa hari ni, kepala aku sarat dengan macam-macam perkara, kelas tuisyen, translation Bank Agreement yang tak siap-siap, 5S bla bla bla bla..

So semalam, aku decide ke rumah Mr and Mrs Haniff, turun je dari rumah masuk jek kereta, kereta aku tak bleh nak start, rupa-rupa lampu kereta terpasang sejak dari petang, nasib baik la kengkawan Madir dan Cousin aku Nizam datang tolong tolak kereta dengan sorang pakcik.

Kancil aku telah berjaya dihidupkan dengan hasil kerja sama hero-hero ni, dengan perasaan yang syukur tak terhingga, setelah dekat sejam aku berkelana.. akhirnya dapat gak ke Klana Jaya.

Seperti kebiasaan, Federal Highway memang akan selalu sesak, lagi 500m nak sampai simpang ke Klana Jaya berhadapan Cycle and Carry, terpampang besar perkataan MERCEDEZ BENZ, dengan penuh rasa hormatnya.. "BOOOM!!!" WLH kesayangan aku ni macam dah lama tak cium bontot kereta, telah mencium bontol Volvo S40!!

Ketaq jugak kaki lutut aku bila nampak dah berasap depan bonet kereta.. Volvo yang badang tuh calar sikit jek.. tapi WLH aku lah.. Senget bibir terus.. esok muncung terus terjuih!!

Tak tau nak salahkan sape.. salah aku kot gi tekan brek dan clutch sekali tu yang bergelongsor macam papan luncur..

Moral of the stOry.. kalau dah banyak hal pelik-pelik!! jangan nak menggatal keluar jugak!! tapi kalau tak keluar pon akan terjadi jugak kan... yang jadi tetapkan terjadi!!

Ni jek kenangan aku ngan ayah yang ku sorong ke hulu ke hilir, bayang kan hidup aku tanpa dia..

pecah cermin mata WLH..

kan dah terjongket bibir.. terjuih terus..


S40 setelah dicabul dek WLH..

Tuesday, January 11, 2011

Kelas Tusyen dan Pendapatan Tambahan

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni mempunyai kelebihan.. macam tu juga yang berlaku pada Farah, tahun 2009 bermula satu agenda baru dalam hidup Farah. Bermula dari pertolongan seorang Pegawai di pejabat untuk menterjemahkan kertas jadual peperiksaan anak beliau yang bersekolah cina. Sejak dari itu, tercetuslah idea untuk memberi didikan kepada kanak-kanak yang bersekolah cina dan kelas tuisyen bagi menjana pendapatan.

Dengan dorongan kawan-kawan, Farah rangkakan apa langkah-langkah untuk memulakan Kelas Tuisyen:-

1. Tahu tahap kebolehan diri sendiri, eg. Bahasa Cina (Bagi pelajar darjah 1 hingga 6), Math (Darjah 1 hingga Tingkatan 3) dll

2. Jadikan kedai buku sebagai library - Kedai buku adalah tempat yang paling sesuai untuk mengkaji tahap pembelajaran terkini, belikan beberapa buah buku rujukan dan buatlah latihan dan ujilah kepantasan menyelesaikan masalah serta ketepatan jawapan.

3. Jika bercadang membuat Home Tuition fokus di kawasan yang berdekatan rumah atau berdekatan dengan tempat kerja, agar jimat belanja dan masa serta teratur.

4. Jika bercadang membuat tusyen di rumah, sediakan Papan Tulis, Meja/ Kerusi.

5. Iklankan di kawasan-kawasan berdekatan dengan menampal iklan dan sertakan no. telefon agar mudah dihubungi.

6. Mengajar bukan sekadar untuk menjana pendapatan, tetapi juga keikhlasan mendidik, berjumpalah dengan ibu-bapa pelajar tersebut dahulu. Ice-breaking dengan ibu bapa dan pelajar adalah penting bagi kita mengenalpasti pemasalahan pelajar, dengan cara ini, kita akan lebih memahami dan hanya fokus pada penyelesaian.

7. Berikan target pada setiap subjek yang diajar, eg. jika pelajar tersebut tidak pandai mengeja, targetkan dalam tempoh 1 bulan, pelajar tersebut boleh mengeja, didik mengikut target. Jika pelajar tersebut tidak mencapai target, ulang perkara yang sama.. yang penting.. sabar..

8. Akhir sekali, tingkatkan kesabaran.. dalam mengajar kita akan berjumpa bermacam ragam dan karenah.. hanya perlu senyum dan sabar.

Sekarang 2011, walaupun kesibukan dengan kerja dan pelajaran, Farah masih mendapat permintaan untuk mengajar, dalam tak sedar, pendapatan bulanan pun boleh bertambah, ilmu juga turut bertambah.. kepada yang berminat nak menceburi bidang ini.. selamat mencuba!!

Saturday, January 1, 2011

Berkerut dahi memikirkan azam 2011..


Tahun ni nak buat perubahan yang sangat banyak dan drastik, berat badan aku naik 15 kg dalam tempoh 2 tahun.. dan sangat-sangat menakutkan.. baju yang aku beli sebulan lepas aku simpan tak berani nak pakai sebab tiba-tiba bila nak pakai macam sarung buah nangka.. haha.. padahal masa testing ari tu masih ada lagi ruang-ruang kosong.. ni dah penuh dengan tayar-tayar spare.. nak tak nak.. terpaksa jugak la aku gantung je.. mana tahun seminggu lagi kurus..
Jadi, tahun ni aku terpaksa mendisiplinkan diri untuk dapatkan balik berat badan idaman aku..

Selain tu, aku nak pastikan cita-cita aku nak backpacking travel tercapai.. semuanya dalam perancangan.. tahun lepas buat passport, tapi pakai sekali je.. aku akan pastikan passport tu penuh dan lunyai sebelum tarikh expired..

Kalau boleh tahun ni semua nak buat, tapi tanpa abaikan pelajaran.. penat-penat nak dapatkan pinjaman boleh ubah JPA wooooo.. nak pastikan habis je belajar.. aku cuma perlu bayar balik 25% sahaja dari pinjaman.. berbalOi-baloi..

Biznes online juga.. aku selitkan bersama-sama azam tahun ini.. selama ni aku cakap je.. aku akan pastikan kedai online aku dibuka dalam bulan Januari.. tungguuuuuuu...